Wednesday, July 4, 2012

ScAM ALErT...!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Entry ini minta2 dapatlah mencegah org2 lain daripada ditipu oleh penjahat2 ni..
Mulanya memang nak biarkan je, since tak nak lah aibkan or tuduh melulu..tp bila dh kena camni hari ni...memang berasap rasanye..

Alkisahnya, tahun lepas 2011 ada la satu company ni, 4tune club (itune club, fortune club sama spesies la dengan ni, ada banyak lagi nm2 samaran lain), buat promosi kt Mydin Bukit Jambul. Kononnya join jadi ahli dapat diskaun tiket flight ke, hotel ke untuk travel dlm n luar negara. Saya yang kurang bijak ni telah terpengaruh, lagi2 pulak die kononnye tawarkan pakej student RM 3++ kat saya ni. Saya cakap la, saya takde duit cash, dlm akaun pn takde, lagipun nk bincang ngan suami dulu. Dah nama pun penipu kan, manis mulut la promoter ni, Cristina namanye, pujuk2 bagai, kata die bayar la deposit dulu, nanti tawaran ni hari ni je, lepas ni tak dapat student price la ape2 lg la...

So, saya pun bayar la deposit rm50. Balik rumah google la pasal 4tune club ni. Punyalah ramai kena tipu. Dulu pakai nama itune la, siap claim under tune company, air asia, tune hotel semua. Aduyaii...So, esok nye cepat2 gi tempat promosi dieorg yang baru, Giant Bayan Baru, dan beritahu nak cancel la. Cancel and nak claim RM50. Promoter Cristina tu takde dh kat situ, ada sorg lelaki je, nama apa ntah, ramput panjang, kurus2. Lelaki penipu jugak tu pun beritahu saya kena buat surat dan dia akan hantar surat ke HQ penipu jugak. So, saya buat surat n beri no akaun yang tak berapa nk banyak duit dlm tu. 


Sebulan berlalu, langsung takde la payment dr syaikat penipu tu. Tapi saya cool lg. Try call no yang tertera di website penipu 4tune club tu, tak pernah2 dapat pun. Call setiap waktu, tak berangkat2 jugak. SAHIH PENIPU la 4tune club   ni kan. Dah makan tahun pn sekarang, memang tak ada pun duit masuk dlm akaun. Tapi saya let go je la, RM50, saya anggap takde rezeki dan memang salah saya tak bincang ngn hubby and tak cari maklumat dulu. 


Tup tup, tengah hari tadi, dapat call dari private number, seorang perempuan, katanya dari Mahkamah Rayuan Putrajaya. Mendakwa yang saya disaman sebanyak rm5000 oleh syarikat penipu 4tune club ni. Aik, apa sudah jadi. Saya yang patut saman syarikat penipu tu. Katanye, saya tak bayar baki pakej yang saya ambil. Maunya tak panik. First time pulak tu. Mana ada pengalaman saman menyaman ke apa2 camni. Dia cakap esok nk hantar notis ke rumah dah. Notis kena saman tu la. Petang ni dia nak mati setem dah. Esok nak pos ke rumah. Pastu dia kasi nombor legal department syarikat penipu 4tune club tu if nak settle luar mahkamah. Saya minta no fon dia (perempuan yang dari mahkamah yg call sy ni), dia tak bagi, tanya nama pun dia tak beritahu. Tapi saya takde la plak syak ape2, memandangkan memang dah panik sangat, saya call je legal department syarikat penipu tu, no hp dibaginye 0193350447 PN HJH SALMAH konon nya lah...


Call la hp Puan tu, dia pun terangkan lah gedubuk gedebak apa smua. Saya pun berdebat jugak lah dengan die. Dalam pada masa yang sama still believe die boleh tolong sy settle luar mahkamah kononnya. Konklusinya dia kata, kalau nak settle luar mahkamah, kena bayar untuk keseluruhan pakej petang ni jugak, then dia akan inform pihak mahkamah untuk gugurkan nama saya. Bukannya pakej RM 3++ pulak tu, katanya promotion tu dah abes, so kena bayar RM 16++. Amboi, biar betul!!! Saya panik lagi, saya tanya betul ke, kena masuk petang ni jugak ke? Puan tu pun banyak la alasan, kata tak adil la kalau dia nak bantu saya sebab esok dh notis diposkan, kalau 2 minggu lepas takpelah jugak. Marah jugak saya, saya kata kalau camtu kenapa 2 minggu lepas tak beritahu dulu or sebelum2 ni pun memang takde langsung remind suruh saya bayar ke apa. Tup2 terus kena saman. Surat pembatalan pakej and claim tu pun dia cakap pihak company penipu 4tune club dia tak dpt. Katanya, kenapa tak hantar ke HQ la, pegawai tak hantar la. Then, salahkan pegawai yang promote tu, katanya ramai kena tipu sebab pegawai2 tu semua cuma pegawai sub je. 3 bulan lepas keja, pegawai2 tu berhenti. Say what??????????


Saya dah fikir nak bayar je seribu lebih tu. Takut leceh pulak turun naik mahkamah, susahkan hubby lagi coz hubby kena hadir since hubby penamanya katanye. Mujur masih waras, then saya kata kat Puan tu, let me call my hubby first. Then, i called him. Hubby tenang je. Hubby cakap entah2 penipu orang tu, ntah2 yang mahkamah tu pun penipu, geng dieorg jugak. Saya pun flashback balik conversation saya dengan so-called org mahkamah n Puan Hjh Salmah tu. Memang banyak perkara boleh diragukan. Hubby suruh call Pn Hjh Salmah tu smula n then minta phone no orang dari mahkamah tu.


Trutt..trutttt...trutttt...trutttt.......Aduyai tk nk angkat ke?...Tetiba...Hello...Ok, dapat!!!Then saya pun tanyalah die no orang mahkamah yang bertanggungjawab call saya tadi. Katanya, tak boleh nk beri, org mahkamah mmg tak beri no phone die pd org awam...OK, as I expected la mmg die tak kn bagi. Nama pun tak boleh. Last2 saya kata la, saya nk berhubung, nanti nak g bicara senang boleh prepare awal2. Saya tanya, apa nama mahkamah tu, dia jawab MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA. ok, i hung up. Then terfikir, apa pulak mahkamah rayuan tetiba terus, takpe lah. Saya called 0388803500, bahagian mahkamah putrajaya camtu, minta disambungkan ke mahkamah rayuan.


So, saya dapat cakap dengan seorang wanita daripada mahkamah rayuan Putrajaya. Saya pun cerita la details tadi, dia cam pelik2 je, ragu2. Then dia tanya, apa no kes? Saya kata tak pulak diberitahu. Dia pun terang dengan sejelasnya "Cik ni first time ni ek, cik, mahkamah rayuan ni mahkamah yang tinggi sket, ape-ape pun mesti melalui mahkamah seksyen, mahkamah persekutuan semua. Mana boleh ke mahkamah rayuan terus. Cik bukan ada rekod kesalahan apa2 ke pun sebelum ni. Lagipun, mahkamah takkan call orang pulak beritahu nak hantar notis, notis terus dihantar je ke alamat. Saya rasa cik memang kena tipu ni. Kalau Cik kena ganggu lagi, Cik report je polis." Lega saya dengar, tapi still tanya jugak "Betul ye ni Cik? Macam mana kalau saya dapat surat saman jugak esok?" Wanita tadi menjawab, "Kalau Cik terima jugak saman, Cik pergi balai polis dulu confirmkan, kalau betul saman tu, Cik datang je defend, kalau tak lagi company tu menipu n kene waran pulak"

Alhamdulillah, lega. Saya pun google la kot2 ada yang post pasal saman 4tune club ni. Memang ramai kena jugak, sama macam saya. Ada dari mahkamah Kuantan la, mahkamah persekutuan la. Ada yang kena rm10k saman. Ada jugak yang dh bayar pun seribu lebih sebab tak nak masuk mahkamah. Semua tu TIPU belaka. Ya Allah...memang ramai, sampai ribu2 lah, bukan sikit2. Ramai yang dah lapor ke Tribunal Pengguna. Untuk informasi, bukan penipu 4tune club dan spesies nye je. Banyak lagi...travel la, program usahawan pun ada. Cari je dekat internet, keluar semua. Kalau ada review positif pun, ada yang org company penipu tu menyamar sendiri je. 


MORAL OF THE STORY :



  1. Suami paling utama bagi isteri2 smua. Hehe. Pape nk buat, nak bayar, hatta cuma RM50 ke, RM10 ke, bincanglah dulu dengan suami. Mereka lebih bijak dan waras, macam hubby saya. Hehe. 
  2. Tak payah la nak percaya orang duk promote itu ini tambah2 lagi kt shopping complex ke, tempat2 awam macam tu...memang ramai yang penipu. Mungkin bukan semua, tapi dah ramai sangat yang terkena. 
  3. Jangan panik bila dapat call mengatakan kena saman bagai, siasat dulu. Internet or orang yang lebih arif daripada anda.
  4. Sabar tu penting, jangan nak mengamuk dulu. Tak pasal2 nipis pahala. 
Kalau dapat jugak surat saman, ke balai polis la jawabnya. Kalau tak dapat, PENIPU BESARRRR!!!


5 comments:

  1. Panjang lebor cerita kali ini tapi masih terbayang kalau akak ada depan qiera camana rupa qiera tengah cerita ni =)
    Syukur kan tak melarat kes ini.
    Banyak qiera belajar dalam sehari ye.
    Takpe, fokus pada ibrahnya.
    Good article anyway!

    ReplyDelete
  2. itula kak..pengajaran smua ni..
    agknye klu sy cte dpn akak, bersembur2 air liur nk cakap cpt2..dgn geram hati nye lg..hehe

    ReplyDelete
  3. salam tq bagi info ni,baru jer nak call mahkamah rayuan nak tanya pasal panggilan ni sbb masa lunch dapat panggilan mcm ni. minta saya bayar rm500++ kat golden takaful insurance. dulu pernah tertipu dgn golden takaful rm299. kalau tak bayar dia nak hantar saman rm8000++. dah lah call guna private no masa lunch. terus hilang selera. sekarang rasa lega sikit.

    ReplyDelete
  4. wsalam...maknanye masih beroperasi la scam yg mcm ni ye..ish,memang ramai sgt dh kena tipu..jgn percaya la diorang ni.sengaja letak nama company ala2 famous gitu.konon2 ada link la ngan company tu.bohong belaka..

    ReplyDelete
  5. saya pn dh terkena..resit sy masih simpan lg smpai skang..pembyaran ahli club ni sy byr rm600..bertarikh 17 mac 2011..

    ReplyDelete