Assalamualaikum...
Alhamdulillah...hari ni sudah 10 Syawal. Esok hari terakhir bergelar ibu berpantang. Hehe. Perasaan bercampur baur. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya semasa proses bersalin dan berpantang. Walaupun ada sedikit rasa terkilan tak dapat berpuasa tahun ni, berpantang semasa bulan Ramadhan juga banyak kelebihan nya. Maklumlah, syaitan kena ikat. Hati pun lebih sabar dan tenang. Hehe.
Alhamdulillah sepanjang tempoh mengandung semuanya ok. Cuma naik gatal2 satu badan plus muka sekali. During my first pregnancy pun kena juga gatal2, tapi kali ni lebih teruk sikit. Alhamdulillah, like the previous one, once baby dh keluar, gatal terus hilang. Dalam labor room lg dah tak rasa gatalnya. Kalau tak, panas tak boleh, duk dalam bilik air-con lama pun tak boleh. Ajaib kuasa Allah.
Sama juga macam Abang Umar, adik nya pun lahir pada minggu ke 38. Pergi ke Klinik Permata, Ipoh untuk jumpa Dr Raoofah untuk check up. Then, kena masuk wad terus jam 11.30 pagi. Mujur dah bawa keperluan mummy n baby sekali sebab dah jangka macam nak bersalin. Dua tiga hari sebelum tu pun dah ada rasa sakit, baby super active dalam perut and contraction pun kerap.
Selepas lunch, dalam jam 2.30 petang, midwife panggil masuk labor room. Mr Hubby tunggu dalam bilik ward dulu. Abang Umar dah ikut Opah n Atok nye balik rumah. Umar sebelum tu dalam bilik tak tenang, dia pula yang nervous utk Ummi. Siap tak bagi lagi Opah, Atok and Abah duduk atas katil Ummi. Hehe.
Kali ni duduk dalam labor room lama sikit. Sebab contraction tak cukup kuat n sekejap2, tak boleh nak meneran lagi. Alhamdulillah, sebelum Mr Hubby masuk, midwife n nurse dalam labor room banyak membantu. Selepas Mr Hubby masuk, lebih tenang rasa. Mulanya risau juga sebab dah lama, still tak ada apa2 lg. Dalam jam 4.30, midwife cakap dah tak lama dah ni, insha Allah pukul 5.30 keluar la. Tapi bila dah jam 6 still belum boleh meneran, bertambah risau dibuatnya.
Lebih kurang jam 6 lebih, Doktor Raoofah masuk lagi. Kali ini, sudah boleh mula meneran (walaupun masih belum dapat menguasai teknik nya). Ada coach lain selain doktor n nurses, siapa lagi kalau bukan hubby saya. Hehe. Thank you love. Teran punya teran, doktor kata kena vakum, kalau tak salah sebab tali pusat dah terbelit, bahaya for baby. Vakum pun vakum la. Teringat pula masa pregnant, Abang Umar nye selalu main kononnye letak mainan kt perut Ummi, buat bunyi macam vakum, nak vakum adik. Sekali adik nak keluar memang kena vakum. (^_^). Alhamdulillah jam 7.06 malam baby selamat lahir. Baby girl, 2.51 kg. Diazan dan ditahnikkan oleh Abah nya. Syukur.
Kenduri doa selamat @ 7 months. See parut gatal2 bawah mata tu. Bukan kena tumbuk tau. Hehe |
Sebahagian tetamu. Yang special nya sebab Tan Sri Mufti kebetulan dapat hadir dan mengetuai bacaan doa. Alhamdulillah |
Dah kena cukur rambut |
Celebrating Umar 4th birthday...7 July 2014 |
No comments:
Post a Comment