Tuesday, May 14, 2013

SaVe tHe DaTE...

Ramadhan bakal menjelang kurang 2 bulan lagi. Kurma memang sinonim dengan bulan mulia ni. Kurma sememangnya berkhasiat tapi entah kenapa saya tak berapa menggemari nya. Kalau dulu2, makan kurma memang la masa bulan Ramadhan je. Itu pun makan sikit je, tak sampai sebiji pun sehari, share dengan mak or abah ke. Masa pregnant dulu kena paksa makan kurma. Nak tak nak makan juga la. Tapi, Alhamdulillah, lepas tu boleh la juga makan at least sebiji sehari. Baby pun bila lahir, kuat, sihat walafiat. Selepas tu, bila Ramadhan mula makan kurma boleh dikatakan setiap hari. Tapi, habis Ramadhan lupa nak makan kurma. Sedar2, dah expired kurma tu. Tapi, takde la lama sangat expired date nya. Kiranya masih boleh makan lagi la. So, saya pun Google resepi alternatif untuk kurma. Jumpa la resipi ni di sini. Terima kasih ye empunya blog dan resipi. Hujung minggu tiba, masa untuk mencuba la resipi ni. Alhamdulillah, hasilnya memang best. Paling seronok sekali, hubby, Umar n family pun suka. Umar yang picky eater tu pun makan kek ni sampai tak nak stop. Alhamdulillah. Jadi, saya kongsikan resepi nya di sini ye...Sesiapa yang ada lebihan kurma tu boleh la cuba. Berbaloi-baloi...Save the date, ya!!!

Kek Lembap Kurma
Sumber; Fb Mastura Yusop@Cairo
Oleh; Dapurmamasya

bahan2
320 gm buah kurma (buang biji dan cincang)
150gm gula kastor - guna 110 gm gula biasa
150gm mentega
150gm tepung naik sendiri
75 gm tepung gandum
250ml air - ganti fresh milk (saya guna air)
3 bj telur
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
(saya tambah 80g badam cincang)

Cara
1. Satukan kurma,soda,air,gula dalam periuk. Jerang hingga didih. Tutup api,tutup periuk dan biar selama 30 min.
2. Tuang campuran kurma dalam mangkuk besar.
3.Masukkan telur,mentega,vanila,tepung naik sendiri dan tepung gandum. Kacau hinggga sebati- guna senduk kayu je.
4. Tuang adunan ke dalam tin bulat berukuran 22cm yang dialas kertas kuih.
5. Bakar pada suhu 180 selama 30 min@ sehingga masak.

Inilah hasilnya....



Ini pula Hokkaido Chiffon Cupcakes... buat untuk kali kedua. Kali pertama tak menjadi sebab salah faham resepi baca 'beat egg white until foamy je', terlepas pandang 'until soft peak formed'...Kali kedua, Alhamdulillah, much more better than the first try. Tapi, masih belum sempurna. Insha Allah, ada ruang dan peluang akan cuba lagi sampai puas hati. (^_^) till then....

4 comments:

  1. Oi ni dah boleh bukak kedai kek niiii

    ReplyDelete
  2. haha...jauh lg pjlnn nye klu nk bk kdai kek...byk lg yg kurang ni...kang bk kdai kek, tkde org nk beli plak...aku pakse ko beli jugak..hahaha

    ReplyDelete
  3. Aslmkum Qiera
    tkasih Qiera mencuba resepi kek kurma ini. letak badam lagilah sedap.puas hatikan buat bila sekeluarga suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...tq juga sis 4 the recipe and halal kn ye sy share di blog ni...

      Delete