Monday, September 7, 2015

After oNe YeAr ++....


Assalamualaikum...

oh my...i'm back after one year ++
hahaha
macamlah busy sangat kan.tapi ye la...busy juga sebenarnya
oh and 1 more thing, back to Perkahwinan Jarak Jauh again...
Still in the same state, Perak tapi jaraknya dalam satu jam 40 minit kot...IPOH-HUTAN MELINTANG
Kids doing great, Alhamdulillah. Abang Umar masuk prasekolah 5 tahun. Nur Iman, 1 tahun 2 bulan++, Opah dan Atok tolong jagakan untuk sementara waktu (tapi macam dah tak berapa sementara je...huhuhu)
Moga Allah permudahkan segalanya....Amin

Our small family... (^_^)

Wednesday, August 6, 2014

DuHaI CiNtA...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...hari ni sudah 10 Syawal. Esok hari terakhir bergelar ibu berpantang. Hehe. Perasaan bercampur baur. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya semasa proses bersalin dan berpantang. Walaupun ada sedikit rasa terkilan tak dapat berpuasa tahun ni, berpantang semasa bulan Ramadhan juga banyak kelebihan nya. Maklumlah, syaitan kena ikat. Hati pun lebih sabar dan tenang. Hehe.

Alhamdulillah sepanjang tempoh mengandung semuanya ok. Cuma naik gatal2 satu badan plus muka sekali. During my first pregnancy pun kena juga gatal2, tapi kali ni lebih teruk sikit. Alhamdulillah, like the previous one, once baby dh keluar, gatal terus hilang. Dalam labor room lg dah tak rasa gatalnya. Kalau tak, panas tak boleh, duk dalam bilik air-con lama pun tak boleh. Ajaib kuasa Allah.

Sama juga macam Abang Umar, adik nya pun lahir pada minggu ke 38. Pergi ke Klinik Permata, Ipoh untuk jumpa Dr Raoofah untuk check up. Then, kena masuk wad terus jam 11.30 pagi. Mujur dah bawa keperluan mummy n baby sekali sebab dah jangka macam nak bersalin. Dua tiga hari sebelum tu pun dah ada rasa sakit, baby super active dalam perut and contraction pun kerap. 

Selepas lunch, dalam jam 2.30 petang, midwife panggil masuk labor room. Mr Hubby tunggu dalam bilik ward dulu. Abang Umar dah ikut Opah n Atok nye balik rumah. Umar sebelum tu dalam bilik tak tenang, dia pula yang nervous utk Ummi. Siap tak bagi lagi Opah, Atok and Abah duduk atas katil Ummi. Hehe. 

Kali ni duduk dalam labor room lama sikit. Sebab contraction tak cukup kuat n sekejap2, tak boleh nak meneran lagi. Alhamdulillah, sebelum Mr Hubby masuk, midwife n nurse dalam labor room banyak membantu. Selepas Mr Hubby masuk, lebih tenang rasa. Mulanya risau juga sebab dah lama, still tak ada apa2 lg. Dalam jam 4.30, midwife cakap dah tak lama dah ni, insha Allah pukul 5.30 keluar la. Tapi bila dah jam 6 still belum boleh meneran, bertambah risau dibuatnya.

Lebih kurang jam 6 lebih, Doktor Raoofah masuk lagi. Kali ini, sudah boleh mula meneran (walaupun masih belum dapat menguasai teknik nya). Ada coach lain selain doktor n nurses, siapa lagi kalau bukan hubby saya. Hehe. Thank you love. Teran punya teran, doktor kata kena vakum, kalau tak salah sebab tali pusat dah terbelit, bahaya for baby. Vakum pun vakum la. Teringat pula masa pregnant, Abang Umar nye selalu main kononnye letak mainan kt perut Ummi, buat bunyi macam vakum, nak vakum adik. Sekali adik nak keluar memang kena vakum. (^_^). Alhamdulillah jam 7.06 malam baby selamat lahir. Baby girl, 2.51 kg. Diazan dan ditahnikkan oleh Abah nya. Syukur.

Kenduri doa selamat @ 7 months. See parut gatal2 bawah mata tu. Bukan kena tumbuk tau. Hehe 


Sebahagian tetamu. Yang special nya sebab Tan Sri Mufti kebetulan dapat hadir dan mengetuai bacaan doa. Alhamdulillah




Dah kena cukur rambut

Celebrating Umar 4th birthday...7 July 2014




Saturday, May 3, 2014

LoNg TiMe No sEE...

Assalamualaikum...

Masha Allah...dh berkurun lama tak post pape kt blog ni. Asyik menjadi isteri, ummi dan anak.

Rindu nk menaip di blog. Tapi lebih rela bergolek-golek dgn Umar di rumah.

Malam ni Umar tido awal. Tapi, Ummi belum tido sebab temankan Abah buat kerja. Jadi, gunakan kesempatan utk jenguk blog la.

Banyak yang berlaku. Banyak yang dah tak sama macam dulu. Tapi, Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Walaupun ada beberapa perkara yang tak berapa nak best, Allah kurniakan juga banyak perkara yang best. Banyak yang perlu disyukuri dan banyak yang perlu diperbaiki.

Alhamdulillah, sejak hujung tahun lepas, wishlist yang pertama, duk serumah dengan hubby n baby, telah pun tertunai. Insha Allah menjelang Ramadhan tahun ini juga, wishlist yang kedua bakal menjadi kenyataan. Moga Allah permudahkan segalanya. Amin.

Jom tengok gambar-gambar je la... (^_^)


Banjir di kampung @ Pekan Pahang

Umar yang snap pic ni...ok tk? hehe

Wedding cousin, Zaiza @ Batu Gajah



Traders Hotel @ Nusajaya, Johor




Melaka River Cruise













Tuesday, October 8, 2013

SwiSS And RoLL...FrEEstyLE

Jom kita buat swiss roll pula nak?hehe...senang...resepi dari sini




Wednesday, October 2, 2013

UmAR wEnT tO tHe ZoO....!!

Welcome to Taiping Zoo...


Adults : RM12
Children (3-12 y/o) : RM 8
Senior citizens (55 y/o n above) : RM10

We rode the tram

Umar with Atok n Opah...peace yo!!

There's information everywhere...cool!

Birds


The Lion King




Shy 'Pak Belang'


Renovation for Jumbo's Home








the lake

Huge slides...bring back Ummi's childhood memories... (^_^)